$10

Cerita Muzik: 30 esei atomik tentang hidup, pengalaman & tips membina kerjaya sebagai pemuzik di Malaysia

1 rating
I want this!

Cerita Muzik: 30 esei atomik tentang hidup, pengalaman & tips membina kerjaya sebagai pemuzik di Malaysia

$10
1 rating

Pada 3 Oktober 2022, saya mula menulis apa yang Dickie Bush & Nicolas Cole istilahkan sebagai “Atomic Essay” atau yang saya panggil esei atomik.

Ini satu format menulis yang mereka sarankan dalam program #Ship30for30 untuk bina kebolehan menulis secara konsisten dalam talian (online) sebagai seorang penulis digital (digital writer).

Jadi saya pun menulis setiap hari, selama 30 hari. Setiap esei atomik menyentuh tentang aspek hidup sebagai pemuzik, cabaran dalam industri & juga tips berdasarkan pengalaman & pengamatan saya.

Saya memilih untuk menulis secara santai dari segi bahasa. Jadi, ia lebih conversational & rojak dengan campur aduk istilah dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kiranya saya menulis lebih dengan estetik seorang copywriter dan bukan seorang penulis akademik atau wartawan.

Hasilnya: Saya dapat berkongsi isu-isu yang penting untuk pemuzik muda yang ingin berkecimpung dalam dunia muzik tanahair. Saya juga dapat melihat esei atomik yang mana lebih popular & menjanakan reaksi daripada pembaca.

Esei ini saya kumpulkan dalam satu e-buku yang kini anda punyai. Sebagai satu e-buku, matlamat saya untuk mudahkan mereka yang ingin baca semua esei ini secara “binge reading” tanpa pergi ke laman web Typeshare yang menjadi rumah asal karya-karya ini.

Saya juga telah menulis semula bahagian tertentu supaya lebih jelas bahasanya.

E-buku ini lebih untuk mereka yang ingin menyokong usaha saya merakam pengalaman selama lebih 25 tahun sebagai seorang gitaris & pemuzik.

Kepada yang mungkin tak rasa e-buku ini berbaloi untuk dibeli, atau kepada yang mungkin tidak dapat membeli kerana isu kewangan… versi asal kumpulan esei atomik (tanpa suntingan) ini saya kekalkan di laman web itu untuk bacaan semua.

Terima kasih kepada semua yang membaca & semoga bermanfaat adanya.

Az Samad
Kuala Lumpur, Oktober 31 & November 9, 2022

===

Isi Kandungan

Prakata

MINDSET

3 Cara Dapat Motivasi & Inspirasi
Bergaduh Sesama Pemuzik Dalam Scene
Jadi Pemuzik Macam Pakai Jaket

SENI LAGU & MUZIK

Lagu Original vs. Lagu Cover
Lagu Teknikal atau Lagu Berjiwa
Muzik Nak Mainstream Ke Nak Indie?
Main Satu Stail Muzik Atau Macam-Macam?
Belajar Teori Muzik Ni Buang Masa Ke?

PERANCANGAN KERJAYA

Cara Bina Kerjaya Muzik Pada Umur Awal 20-an
5 Kesilapan Terbesar Pemuzik & Bands Baru
9 Cara Tingkat Ilmu Sebagai Pemuzik
Pelaburan Terpenting Untuk Pemuzik
Perlukah Pemuzik Ada Matlamat Jangka Panjang?
Tiga Cara Bina Kerjaya Muzik
Lima Buku Untuk Pemuzik Kreatif
Beza Kerjaya Pemuzik Zaman Dulu & Kini
Cara Mula Perform Bila Scene Awak Tiada
Cita-Cita Dalam Muzik: Besar/Kecil, Cepat/Perlahan

PERSEMBAHAN & TOURING

Cara Buat Show Band Lagi Gempak
Kenapa Set Band Tu Tak Best?
Rahsia Touring Indie Untuk Band Kecil
5 Tips Asas Anjur Gig Sendiri
Gig Bukan Sekadar Perform Muzik
Camana Nak Bina Kerjaya Sebagai Performer Pro?

PEMASARAN & PUBLISITI

Camana Nak Buat Band Anda Lagi Terkenal?
Kenapa Orang Tak Kenal Band Tu?

HAL DUIT

Kenapa Dia Dapat Bayaran Lagi Tinggi Daripada Aku?
Dua Cara Cari Makan Dalam Dunia Muzik
Muzik vs. Cari Makan

PERALATAN

9 Apps Penting Untuk Pemuzik Moden

Mengenai Az Samad


Komen daripada pembaca:

“Harini invest beli E-book karya terbaru by @azsamad. Pandangan pertama: Susunan bab dan bahasa yg mudah, bnyk point menarik & penting yg berkait dgn situasi yg berlaku dalam industri muzik dunia khususnya dalam negara Malaysia drpd tahap pemuzik pemula ke profesional yg cuba dibahaskan. Siapa2 yg kenal Az Samad, mesti tau pengalaman dia dalam industri mcm mana, baik dari persembahan, komposisi, bisnes dan pendidikan muzik. Mungkin ada bahan2 dalam E-book ni jawapan buat masalah saya dan kita semua sebagai pemuzik. Moga sy dpt manfaat drpd ilmu yg dikongsi beliau dalam E-book ni :)” — Hazman Hatta

“As usual, gaya penyampaian az samad memang Santai, Dan mudah difahami. Sesuai untuk dihayati walaupun anda bukan seorang pemuzik.” — Encik Bisjut


“Surprisingly I learned a lot from this Ingatkan full of general tips + promoting his courses je but boy, was I wrong! Tips2 yg sgt berguna & senang utk di ikuti Thanks @azsamad!”

I want this!

Awak dapat eBuku cerita muzik dalam versi PDF, mobi & epub. Ini adalah produk digital. Link download akan dikirim selepas pembelian kepada emel anda.

Mukasurat
86
Versi
PDF, mobi & epub
Copy product URL

Ratings

5
(1 rating)
5 stars
100%
4 stars
0%
3 stars
0%
2 stars
0%
1 star
0%