Strategi Bina Kerjaya Muzik
Adakah awak seorang pemuzik atau ada band?
Ramai pemuzik nak masuk dalam industri muzik tapi tak tahu macamana.
Atau mungkin awak dah main muzik tapi tak pasti macamana nak ke peringkat seterusnya.
Kenapa ada pemuzik yang boleh terus dalam industri muzik?
Kenapa ada pemuzik lain yang lepas dah lama main muzik berhenti dari industri muzik?
Kalau nak lebih cepat, kena ada peta...
Kalau awak nak pergi ke Kedah dari KL, perlulah memandu ke utara.
Kalau kereta hebat, driving pun laju je, tapi GPS rosak dan awak laju je ke selatan, last sekali sampai ke Johor la pulak.
Of course, sampai Johor pun best jugak, tapi itu tak semestinya destinasi yang dimimpikan.
Macam itulah sebenarnya ramai pemuzik.
Nak buat band main lagu sendiri, tapi last sekali jadi cover band.
Nak touring dunia, last sekali stuck kat satu kelab je.
Nak main gigs, tapi last sekali band pecah lepas semua orang kahwin... komitmen keluarga memanggil.
Itulah sebab kena ada GPS. Itulah sebab kena ada peta.
Jadi camana nasib awak?
Sekarang peluang awak pilih hala tuju seterusnya. Nak pakai peta ke, nak try nasib sendiri.
Kerjaya saya sebagai pemuzik bawak saya sampai ke USA, Eropah, Asia Tenggara -- dari touring, perform, mengajar dan mengembara cari ilmu.
Tapi ini bukan pasal saya. Awak bagaimana pula?
Inginkah berjaya jadi pemuzik seperti yang awak idamkan?
Nak ke dapat pengalaman yang boleh buat cerita untuk anak cucu, datuk dia dulu touring musician atau ada band yang orang kagum sehingga bertahun-tahun kemudian?
Do you want to chase your dreams... or just dream?
Saya bersyukur dapat banyak peluang & bimbingan dari pemuzik berpengalaman.
Dan kini, saya kongsi apa yang saya dapat supaya awak juga dapat bina kerjaya muzik awak.
Dengan STRATEGI. Bukan dengan tembak semata-mata.
Dengan PETA. Bukan dengan pejam mata harap sampai Kedah, tapi ke Johor.
Mungkin dengan sesi ini boleh bantu awak.
Sesi STRATEGI BINA KERJAYA MUZIK 1 (bahagian pertama ni).
Apa yang dalam sesi ni?
Dalam sesi padat 1 jam 34 minit ni, awak akan dapat tahu:
1) Perancangan
Apa yang perlu awak fikir kalau nak bina kerjaya sebagai pemuzik solo atau band.
Awak juga akan apa yang paling penting untuk bina kerjaya dalam muzik & apa bezanya dari buat muzik sebagai hobi.
2) Cara Jana Pendapatan
Ada 3 kategori utama yang pemuzik boleh jana pendapatan. Bukan 3 cara, tapi 3 kategori.
Pertama kali saya sedar ini, ini mengubah cara saya approach kerjaya saya.
Ini boleh membantu awak dapat 'clarity' dalam perjalanan awak sebagai pemuzik.
3) Strategi Bina Profil
Penting ke jadi terkenal?
Semakin ramai peminat yang seorang pemuzik ada, semakin ia membantu kerjaya awak.
Ini bukan sekadar nak jadi instafamous atau tweetfamous.
Ada yang dikenali tapi kerjaya masih belum boleh bina kerjaya jangka panjang.
Apa yang penting & apa yang tak penting bila awak gunakan social media?
Perlukah awak ada kat TikTok, Instagram, Twitter, YouTube, Facebook dan semua?
Kita akan bincangkan topik ini dalam sesi ini.
4) Sesi Soal Jawab
Ada soalan yang belum terjawab? Ini peluang untuk awak dengar jawapan kepada soalan hangat yang ditanya pemuzik yang hadir sesi ini secara live.
Apa format sesi ni?
Sesi ini telah berlangsung pada Sabtu, Oktober 24, 2020 pada 2 petang melalui Zoom video call.
Walaupun sesi ini telah tamat, kini awak boleh dapat ilmu yang 11 pemuzik dapat hari itu melalui video rakaman sesi tersebut.
Biasanya, sesi consultation dengan saya adalah RM500/sejam. Jadi sesi ini sepatutnya pada harga RM750 (untuk sesi 1 jam 30 minit)
Tapi dalam video ini, awak boleh dapatkan ilmu & pengalaman 24 tahun saya dengan investment RM400 sahaja (Awak Jimat RM350)
Apa kata pemuzik yang hadir sesi ini?
Siapa saya & kenapa awak nak percaya saya ni?
Nama saya Az Samad & saya pemuzik professional yang berpengalaman dalam industri muzik selama 25 tahun.
Saya mula main gitar dulu selepas dengar album Nirvana: Unplugged in New York & kemudian:
+ belajar classical guitar
+ graduate dengan ijazah dari University of Westminster, UK dalam pengkhususan Professional Music (Arranging)
+ menuntut ke Berkee College of Music (Boston, MA, USA) & graduate dengan dual major BM in Music (Jazz Composition & Guitar Performance - Summa Cum Laude Honors)
+ join fakulti Berklee Summer Guitar Sessions di Berklee College of Music pada tahun 2017 & 2018 mengajar kelas 'Fretboard Harmony'
+ graduate dari San Jose State University, California (USA) dengan Masters in Music (Jazz)
+ perform di USA, Eropah & Asia Tenggara
+ pernah bekerja sebagai komposer, sessionist, gitaris, arranger & musical director
+ berpengalaman perform sebagai gitaris untuk konsert Pops Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)
+ pernah perform dengan pemuzik seperti Bumblefoot, Zee Avi, Adam Rafferty, Mike Dawes dan ramai lagi.
+ komposer jemputan untuk video game 'No Straight Roads' yang terbit untuk PC, Playstation 4, Nintendo Switch & Xbox One
+ gitaris kolaborasi dengan Salammusik & Altimet dalam lagu 'Bangkit' (3,680,001 views di YouTube)
Soalan Popular (F.A.Q - Frequently Asked Questions)
1. Kelas ni dalam Bahasa Malaysia ke?
Ya. Ini dalam BM. Cuma sekali-sekala saya akan cakap campur ada English sana-sini.
2. Saya masih student lagi. Sesuai ke saya ambil modul ni?
Ya, malahan awak mungkin yang paling untung sekali kalau belajar konsep-konsep ni dari awal lagi sebelum bekerja sebagai pemuzik sepenuh masa.
3. Saya tak ada latihan muzik secara formal. Sesuai ke ini untuk saya?
Ya. Sesi ini sesuai untuk sesiapa yang ingin masuk ke industri muzik & lebih bersedia. Tak kira samada ada latihan formal atau belajar sendiri.
4. Saya takut saya tak faham apa yang cikgu ajar ni. Susah ke nak faham apa yang dalam modul ni?
Semua yang awak dapat dalam ni saya jelaskan dengan cara yang paling mudah untuk dihadam. Insya-Allah boleh!
5. Saya merancang nak bina kerjaya di luar negara. Relevan lagi ke ni?
Ya. Ini konsep yang saya gunakan untuk bina kerjaya saya & kembangkan, termasuk semasa di Malaysia & juga di USA.
6. Saya dah berusia dan baru nak masuk industri muzik. Sesuaikah ini untuk saya?
Ya. Video ini sesuai untuk sesiapa yang serius ingin menjadi pemuzik, tak kira umur. Kecuali kalau macam budak-budak lagi (bawah 14 tahun). Dalam kes tu, mungkin ini tak sesuai.
7. Boleh download atau stream ke video ni?
Ya, boleh download ke phone & tablet. Kalau ada PC/Laptop, boleh stream video, bergantung dengan speed internet awak.
8. Akan expire ke download ni? Atau saya boleh tengok balik sebulan dua dari sekarang?
Tak expire. Boleh tengok ulang-ulang & dalami ilmu ini.
9. Ni eBook ke video ni?
Ni video 1 jam 34 minit yang diiringi nota dalam bentuk fail PDF boleh cetak.
10. Saya pemuzik rock/pop/jazz/R&B/fusion/funk/dangdut/tradisional/hip-hop... sesuai ke ni untuk saya?
Ya, ini sesuai tak kira apa genre muzik yang awak persembahkan. Konsep dalam ini penting untuk semua pemuzik yang ingin bekerja & berkarya dalam industri muzik moden masakini.
Bina kerjaya muzik awak dengan lebih yakin lagi!
Klik "I want this!" untuk dapatkan sesi ini