Kunci Modes Untuk Gitaris 3: Harmonic Minor

$40
1 rating

Kenapa ada gitaris jazz & rock yang hebat dapat sound berbeza dari gitaris biasa?

Saya ingat lagi masa saya kat kolej dulu.

Ada seorang gitaris jazz fusion yang main gitar lain dari semua senior saya. Masa dia solo memang pelik bunyinya.

Saya tak faham apa benda dia pakai.

Bukannnya dia tak pakai pentatonic atau blues... tapi ada masanya sound dia saya betul-betul tak faham. Tak tahulah mana dia dapat note choices dia.

Saya tengok & setiap kali dia on stage, saya kagum dengan skills dia.

Bila saya tanya apa dia gunakan, saya tak faham explanation dia.

Nak cakap dia nak sembunyi style playing dia... rasanya tak. Tapi, mungkin dia tak tahu mana nak start explain ilmu tu kepada saya.


Rupanya ada rahsia!

Setelah bertahun-tahun lamanya, baru saya sedar rahsia permainan dia antaranya ada dalam scale harmonic minor.

Tapi dia bukannya gunakan cara yang biasa. Dia pakai secara modal.

Jadi, bila dia solo, sound dia kombinasi yang buatkan sound dia jadi lebih unik.

Makin lama saya kaji & pratice, baru saya sedar yang harmonic minor ni sound yang tak ramai gitaris pakai secara modal.

Ada yang minat Malmsteen pakai untuk dapat sound neo-classical... tapi tak ramai yang betul-betul master sound modal.

Lepas bertahun-tahun saya explore, akhirnya saya lebih yakin untuk kongsi ilmu modes dari Harmonic Minor ni.


Kini muncul Kunci Modes Untuk Gitaris 3...

Dalam course ni awak dapat:

  • Faham modes dari parent scale "Harmonic Minor"

  • Cara gunakan modes ini & chords apa yang sesuai

  • Chord progression yang sesuai untuk modes dari Harmonic Minor

  • Cara latih modes (termasuk apa-apa modes & bukan sahaja modes dalam video ini)

  • Aplikasi modes harmonic minor dalam chord progression major

  • Tips gabung modes harmonic minor dengan sound pentatonic & blues

  • Contoh aplikasi mode pada chord diminished 7th dalam lagu bossa nova klasik

  • Satu mode yang memberi sound "out of this world" untuk buat chord major jadi lain dari biasa

  • Cara dapat sound lebih "outside" pada chord progression jazz terpenting

PENTING: Video ini dalam bentuk "masterclass" - semua contoh dimainkan pada video & tidak ada TABS disertakan.

Video ini disarankan untuk gitaris pada level intermediate atau advanced.


Course lain yang disarankan sebelum belajar video ini adalah:

Rahsia Jadi Hero Major Scales
Kunci Modes Untuk Gitaris 1
Kunci Modes Untuk Gitaris 2

Dan sesuai study bersama:

Kuasa Chord Progression Major Scales 1-3

Kuasa Chord Progression Major Scales 4-6

Kembara Dunia Minor Scales 1-3

Siapa saya & kenapa awak nak percaya saya ni?

Nama saya Az Samad & saya pemuzik professional yang berpengalaman dalam industri muzik selama 24 tahun.

Saya mula main gitar dulu selepas dengar album Nirvana: Unplugged in New York & kemudian:

+ belajar classical guitar

+ graduate dengan ijazah dari University of Westminster, UK dalam pengkhususan Professional Music (Arranging)

+ menuntut ke Berkee College of Music (Boston, MA, USA) & graduate dengan dual major BM in Music (Jazz Composition & Guitar Performance - Summa Cum Laude Honors)

+ join fakulti Berklee Summer Guitar Sessions di Berklee College of Music pada tahun 2017 & 2018 mengajar kelas 'Fretboard Harmony'

+ graduate dari San Jose State University, California (USA) dengan Masters in Music (Jazz)

+ perform di USA, Eropah & Asia Tenggara

+ pernah bekerja sebagai komposer, sessionist, gitaris, arranger & musical director

+ berpengalaman perform sebagai gitaris untuk konsert Pops Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)

+ pernah perform dengan pemuzik seperti Bumblefoot, Zee Avi, Adam Rafferty, Mike Dawes dan ramai lagi.

+ komposer jemputan untuk video game 'No Straight Roads' yang terbit untuk PC, Playstation 4, Nintendo Switch & Xbox One

+ gitaris kolaborasi dengan Salammusik & Altimet dalam lagu 'Bangkit' (3,274,365 views di YouTube)


Dapatkan ini sekarang

KLIK "I want this!" untuk dapatkan sekarang.

I want this!

Video Utama, Video Sesi Soal Jawab, PDF Nota Whiteboard

Copy product URL

Ratings

5.0
(1 rating)
5 stars
100%
4 stars
0%
3 stars
0%
2 stars
0%
1 star
0%
$40

Kunci Modes Untuk Gitaris 3: Harmonic Minor

1 rating
I want this!