Masterclass Gitar Fingerstyle 1
Camana nak main gitar fingerstyle dengan lebih yakin & bergaya lagi?
Dalam masterclass ini anda akan pelajari dua lagu ciptaan saya, Penyair & Latah Setingan. Dua pieces ini memberikan anda peluang belajar teknik fingerstyle sebagaimana yang saya sendiri gunakan dalam muzik saya.
Lagu pertama: Penyair
Lagu kedua: Latah Setinggan
Masterclass Gitar Fingerstyle 1 berikan awak:
Tutorial secara step by step untuk dua pieces ini, setiap bahagian dijelaskan termasuk elemen yang tersembunyi (yang mungkin terlepas pandang kalau belajar sendiri)
Tips keluarkan melodi lebih sedap lagi (dan tak macam amateur)
Petua yang berikan awak interpretasi lebih professional... dan bukan hanya untuk lagu-lagu ini
Cara saya approach lagu-lagu fingerstyle ini dalam persembahan saya... dan tips untuk awak gunakan dalam muzik awak juga
-
Latihan yang saya amalkan & tips latihan yang saya gunakan untuk permainan fingerstyle
PENTING: Video ini dalam bentuk "masterclass" - semua contoh dimainkan pada video & tidak ada TABS disertakan untuk contoh improvisasi.
AMARAN: Ini bukan untuk NEWBIE. Ini lebih sesuai untuk pemain gitar pada level INTERMEDIATE atau ADVANCED. Kalau baru nak mula main fingerstyle, dapatkan course ASAS GITAR FINGERSTYLE dulu.
Siapa saya & kenapa awak nak percaya saya ni?
Nama saya Az Samad & saya pemuzik professional yang berpengalaman dalam industri muzik selama 24 tahun.
Saya mula main gitar dulu selepas dengar album Nirvana: Unplugged in New York & kemudian:
+ belajar classical guitar
+ graduate dengan ijazah dari University of Westminster, UK dalam pengkhususan Professional Music (Arranging)
+ menuntut ke Berkee College of Music (Boston, MA, USA) & graduate dengan dual major BM in Music (Jazz Composition & Guitar Performance - Summa Cum Laude Honors)
+ join fakulti Berklee Summer Guitar Sessions di Berklee College of Music pada tahun 2017 & 2018 mengajar kelas 'Fretboard Harmony'
+ graduate dari San Jose State University, California (USA) dengan Masters in Music (Jazz)
+ perform di USA, Eropah & Asia Tenggara
+ pernah bekerja sebagai komposer, sessionist, gitaris, arranger & musical director
+ berpengalaman perform sebagai gitaris untuk konsert Pops Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)
+ pernah perform dengan pemuzik seperti Bumblefoot, Zee Avi, Adam Rafferty, Mike Dawes dan ramai lagi.
+ komposer jemputan untuk video game 'No Straight Roads' yang terbit untuk PC, Playstation 4, Nintendo Switch & Xbox One
+ gitaris kolaborasi dengan Salammusik & Altimet dalam lagu 'Bangkit' (3,274,365 views di YouTube)
Dalam bab gitar fingerstyle:
Saya pernah belajar dengan gitaris termasuk: Eric Roche, Thomas Leeb, Stuart Ryan, Vicki Genfan, Alex de Grassi, Don Ross, Mike Dawes, Steve Baughman, Peter Finger, Kaki King, Josh Martin, David Oakes & Guy Van Duser.
Saya pernah mengajar di Thomas Leeb Guitar Bootcamp di Austria (kem gitar fingerstyle yang amat dihormati dalam dunia fingerstyle).
Untuk bab classical guitar, saya pernah belajar dengan gitaris classical Steve Lin (California, USA) & Rosdan Abbas. Saya juga ada belajar asas gitar flamenco dengan gitaris Grisha Goryachev & David McLean.
Saya pernah perform bersama: Mike Dawes, Jacky Lau (Hong Kong), Adam Rafferty & jadi opening act/supporting act untuk Tommy Emmanuel, Pierre Bensusan & Martin Taylor.
Saya juga pernah mengajar kelas & workshop fingerstyle di USA, Hong Kong, Macau, Malaysia, Singapura & Austria.
Dapatkan ini sekarang
KLIK "I want this!" untuk dapatkan sekarang.
Tiga Belas Video - Tutorial untuk lagu Penyair & Latah Setinggan